CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, 11 March 2013

Pengenalan


Menurut James Ang Jit Eng PhD (2007), pendidikan adalah suatu proses Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) yang melibatkan komunikasi dan interaksi di antara individu dengan individu yang lain seperti seorang ibu dengan anaknya atau seorang anak buah dengan ketuanya atau seumpamanya. Pendidikan juga merupakan suatu proses komunikasi di antara manusia dengan persekitarannya seperti sekolah, media massa, tempat tinggal, pekerjaan dan tempat bekerja serta institusi masyarakat lainnya.


Gambar 1: Interaksi sesama manusia

Gambar 2: Interaksi guru dan murid
Oleh kerana pendidikan adalah suatu proses penerimaan dan penyebaran maklumat, maka ilmu dan budaya yang tersebar secara langsung dan tidak langsung akan mempengaruhi perkembangan fizikal, sosial dan rohani manusia. Proses ini berlaku sehingga manusia mencapai keserasian dalam kehidupannya yang perlu berinteraksi dengan individu dan masyarakat serta alam dan dalam keperluan perhubungan beribadah kepada Allah s.w.t.(Ab. Rahman Abu Bakar, 1992)

Al Quran telah memberi beberapa garis panduan sebagai asas bagi mewujudkan perhubungan atau interaksi yang berkesan di antara seseorang dengan seseorang insan yang lain. Di antara ayat-ayat Al Quran yang menjelaskan tentang perkara di atas ialah :

"Perkataan yang baik dan perbuatan memaafkan (kesilapan mereka) adalah lebih baik daripada memberi sedekah (pemberian) yang diiringi (dengan perbuatan atau perkataan) menyakitkan hati. Dan (ingatlah) Allah maha kaya dan maha penyantun".(Al-Baqarah: 263)

رَّبِّكَ تَرْجُوهَا فَقُل لَّهُمْ قَوْلًا مَّيْسُورًا وَإِمَّا تُعْرِضَنَّ عَنْهُمُ ابْتِغَاء رَحْمَةٍ مِّن 

"Dan kalaulah engkau terpaksa berpaling daripada mereka untuk tidak melayani mereka kerana menuntut Rahmat Allah kamu yang kamu mengharapkannya, maka katakanlah kepada mereka kata-kata yang baik menyenangkan hati". 

(Al-Isra' : 28)

Mari melihat kepada senario yang kerap berlaku di sekolah.

"Ish.. ish... apa nak jadi dengan kelas ni", keluh Cikgu Daniel setiap kali masuk ke Kelas 3 Mesra. "Murid-murid, sila duduk di tempat masing-masing", arah Cikgu Daniel. Semua murid tidak mengendahkan arahan Cikgu Daniel. Cikgu Daniel terus memulakan pengajaran pada waktu itu tanpa mempedulikan murid-murid yang masih berkeliaran dalam bilik darjahnya. Apabila sesi pengajaran berakhir, Cikgu Daniel terus meninggalkan kelas tanpa mempedulikan murid-murid yang masih leka dengan hal masing-masing.

Daripada senario di atas, adakah Cikgu Danial telah mempraktikkan apa yang diwahyukan Allah daripada surah-surah yang dinyatakan di atas? Segala-galanya akan terjawab dalam blog ini.

Kita sebagai muslim bahkan seorang guru perlu mencuba sehabis baik untuk mengaplikasikan ajaran Al-Quran dalam kehidupan seharian, barulah kita boleh mengharapkan anak murid kita mencontohi akhlak baik kita. Jom teruskan bacaan anda.. 

PENGURUSAN BILIK DARJAH

Pengurusan bilik darjah merupakan faktor yang penting yang dapat mempengaruhi tingkah laku, sikap, motivasi, dan pembelajaran murid dalam bilik darjah. Pelbagai kekangan dan permasalahan yang akan wujud dalam bilik darjah. Oleh itu, keperluan dan kesedaran tentang pentingnya pengurusan bilik darjah perlu ada pada semua insan yang bergelar pendidik.



Gambar 1: Pembahagian definisi


DEFINISI PENGURUSAN

Istilah pengurusan mempunyai pelbagai takrif.

   Mary Parker Follett, seorang pelopor pengurusan klasik mentakrifkan pengurusan sebagai satu seni melakukan kerja melalui sumbangan orang lain.
  Harold Koontz pula mentakrifkan pengurusan sebagai satu seni melakukan kerja melalui dan bersama orang lain di dalam suatu kumpulan yang sengaja diadakan.
         
Takrif pengurusan seperti ini memberitahu kepada kita bahawa pengurusan biasanya mencapai objektif dengan cara memberikan penugasan kerja kepada orang lain supaya kerja- kerja dapat dilaksanakan bagi mencapai objektif tersebut.

Menurut perspektif Islam, pengurusan ditakrifkan sebagai satu proses melakukan dan menyempurnakan kerja melalui fungsi-fungsi pengurusan secara fitrah bersama orang lain dalam usaha mencapai objektif kerja secara berkesan dan menggunakan sumber- sumber organisasi dengan cekap dalam persekitaran yang dinamik demi mencapai al- falah di dunia dan di akhirat.

DEFINISI BILIK DARJAH.

Bilik darjah sebagai tempat berlakunya proses pengajaran dan pembelajaran merupakan tempat yang terpenting yang perlu ada pada sekolah.

Umum: bilik darjah ialah bilik- bilik disekolah dimana sekumpulan murid atau pelajar mengikuti pelajaran atau belajar sesuatu mata pelajaran yang diajar oleh guru.

Konsep: bilik darjah tidak semata-mata merupakan ruang untuk proses pengajaran dan pembelajaran, tetapi mencakupi pelajar-pelajar dan guru yang belajar dan mengajar dan berinteraksi antara satu sama lain didalamnya.

DEFINISI PENGURUSAN BILIK DARJAH

Pengurusan bilik darjah merupakan satu proses yang memerlukan guru mengurus bilik darjah agar aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran yang berkesan dapat dijalankan. Tugas mengurus bilik darjah termasuk juga aktiviti mengatur reka letak fizikal dan mewujudkan komunikasi dan interaksi dikalangan pelajar dan guru.


Gambar 2: Pengurusan fizikal bilik darjah

Pengurusan bilik darjah juga boleh didefinisikan sebagai set tingkahlaku yang kompleks yang digunakan oleh guru untuk menetapkan, dan memastikan keadaan-keadaan bilik darjah dapat membawa ke pencapaian objektif pengajaran yang berkesan.

Menurut Lee Shok Mee(1995), pengurusan bilik darjah boleh ditakrifkan sebagai semua tindakan guru mengendalikan kelas supaya mewujudkan suasana persekitaran yang tersusun untuk menggalakkan pembelajaran.

   

2 comments:

Anonymous

salam.....
Boleh saya tahu adakah persekitaran bilik darjah dapat mempengaruhi pemikiran seorang murid??

fizlin

salam
soalan
1- boleh nyatakan kesan atau
perubahan terhadap tingkah laku
pelajar dalam masa jangka pendek
dan juga jangka masa panjang?