CADANGAN
AKTIVITI UNTUK MURID
Ermmm..
aktiviti apa ye yang sesuai untuk murid kelas 3 Mesra? Anda semua mesti
tertanya-tanyakan? Bagi situasi 3 mesra yang telah dinyatakan pada post yang
lepas. Maka di sini saya lampirkan 3 cadangan aktiviti bagi kelas 3 Mesra. Jom
bina permainan yang mengajar. :)
AKTIVITI
1: “THE BEAUTIFUL BAG”
Alatan
2. Gam
3. Surat
khabar lama
4. Gunting
Langkah
pelaksanaan
1. Setiap kumpulan akan dibekalkan dengan kertas
mahjong, gam, gunting dan surat khabar lama.
AKTIVITI
2: Hai.. Nasi goreng
Alat: Tiada
Objektif:
1. Menyegarkan minda supaya cergas.
2. Menyedarkan ahli supaya selalu
cergas memberi penumpuan apabila seseorang itu bercakap.
Langkah
Pelaksanaan:
1. Meminta semua murid berdiri.
Terangkan kepada mereka supaya mengikut apa yang dilakukan oleh guru.
2. Guru melakukan aktiviti dengan
melafazkan ayat berikut sambil menggunakan isyarat tangan:
“saya”
(tunjuk pada diri) suka (letak kedua tangan di dada) makan (tunjuk mulut
seperti makan) nasi (gunakan hujung jari seperti menggaul nasi) goring (buat
isyarat dengan tangan seolah-olah menggoreng), nasi (isyarat nasi) goreng
(isyarat goreng) saya (tunjuk pada diri) tidak (goncang tangan isyarat tidak)
suka (isyarat).”
3. Mula-mula biarkan murid-murid
melakukan aktiviti ini dengan perlahan. Apabila mereka sudah selesa, minta
mereka melakukannya dengan cepat. Sesiapa yang teragak-agak atau salah
menunjukkan isyarat, ahli tersebut diminta keluar atau duduk. Lakukan aktiviti
ini berulang-ulang sehingga tinggal hanya seorang atau sekumpulan yang kecil.
4. Berikan penghargaan kepada ahli
atau kumpulan yang berjaya melakukan aktiviti ini tanpa sebarang kesilapan.
5. Kaitkan hasil aktiviti ini
dengan objektif dan rumuskan dengan situasi sebenar yang memerlukan mereka
melakukan sesuatu tugas dengan penuh penumpuan. Jika tiada penumpuan maka akan
berlaku banyak kesilapan dalam tugas tersebut.
AKTIVITI RUTIN 1 SEBELUM
MEMULAKAN KELAS
Aktiviti apakah yang boleh guru lakukan setiap kali memulakan kelas???
Murid secara berkumpulan, kelas ataupun bergabung dengan kelas-kelas lain. Aktiviti ini hanya 10-20 minit pada permulaan hari sebelum memulakan kelas. Boleh dibuat sepanjang tahun:
Isnin-Belajar lirik lagu baru, baik untuk meningkatkan kemahiran
membaca. Menyanyi bersama-sama.
.
Rabu- bersaing dengan
kelas-kelas yang lain ataupun dengan kumpulan lain dalam kelas yang sama untuk
mewujudkan seberapa banyak kata-kata yang mungkin dari frasa. Ini sesuai
dilakukan oleh guru-guru yang mengajar subjek bahasa. Aktiviti ini sesuai untuk
meningkatkan tatabahasa dan ejaan.
Jumaat: Menjana Idea. Guru
menampal satu perkataan di papan putih. Contohnya: buah epal..
Murid-murid akan terbiasa dengan
aktiviti rutin ini dan akan mereka pasti akan datang ke sekolah lebih awal 10
minit utuk memulakan kelas dan melakukan aktiviti yang menyeronokkan ini.. :)
PERATURAN BILIK DARJAH
Aktiviti 3 merupakan satu cara untuk membuat murid-murid berasa seolah-olah
mereka boleh menyumbang kepada bagaimana kelas mereka dijalankan.
Pada hari
pertama persekolahan, guru akan meminta semua murid untuk duduk di dalam satu
bulatan yang besar.
Guru kemudiannya menerangkan mereka perlu membuat peraturan untuk kelas mereka dan mengapa peraturan tersebut penting untuk diikuti. Sebaik sahaja guru telah menjelaskan ini dan menjawab apa-apa soalan dari murid-murid, guru hendaklah bertanya kepada mereka tentang apa yang mereka fikir peraturan perlu dalam kelas mereka. Guru hendaklah mengawasi perbincangan mereka dan memberikan cadangan kepada mereka.
Kemudian,
setelah semua murid telah membuat cadangan mereka, guru akan mencatatkannya di
papan putih dan berbincang dengan murid-murid tentang apa yang harus dan sesuai
menjadi peraturan bilik darjah.
Kemudian
guru meminta persetujuan semua murid pada satu set peraturan untuk kelas dan
apa yang sepatutnya berlaku bagi murid-murid yang tidak mengikut peraturan
tersebut. Contohnya masa rehat lambat, kerja rumah tambahan untuk kumpulan dan
sebagainya.
Setelah
itu, peraturan itu akan diletakkan di papan kenyataan kelas. Guru perlulah
sentiasa memperingatkan murid tentang peraturan kelas mereka. Lama-kelamaan
peraturan tersebut akan menjadi satu rutin bagi mereka.
Jika perbincangan ini dikendalikan dengan
baik, akan membantu murid-murid berasa mereka telah menyumbang kepada sekolah
mereka dan mereka pasti akan mematuhi peraturan tersebut. :)
Contoh Peraturan Di Dalam Kelas
7 comments:
nota disusun sangat kemas dan menarik...blog yang ilmiah...boleh jadi rujukan...well done!!
terima kasih diatas komen yang membina.
Menarik!...saya jadikan rujukan ya
Menarik!...saya jadikan rujukan ya
Hebat..
Menarik! Terima kasih saya jadikan sebagai rujukan.
Sesuai tak dengan budak darjah satu
Post a Comment