CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday 11 March 2013

Pengenalan


Menurut James Ang Jit Eng PhD (2007), pendidikan adalah suatu proses Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) yang melibatkan komunikasi dan interaksi di antara individu dengan individu yang lain seperti seorang ibu dengan anaknya atau seorang anak buah dengan ketuanya atau seumpamanya. Pendidikan juga merupakan suatu proses komunikasi di antara manusia dengan persekitarannya seperti sekolah, media massa, tempat tinggal, pekerjaan dan tempat bekerja serta institusi masyarakat lainnya.


Gambar 1: Interaksi sesama manusia

Gambar 2: Interaksi guru dan murid
Oleh kerana pendidikan adalah suatu proses penerimaan dan penyebaran maklumat, maka ilmu dan budaya yang tersebar secara langsung dan tidak langsung akan mempengaruhi perkembangan fizikal, sosial dan rohani manusia. Proses ini berlaku sehingga manusia mencapai keserasian dalam kehidupannya yang perlu berinteraksi dengan individu dan masyarakat serta alam dan dalam keperluan perhubungan beribadah kepada Allah s.w.t.(Ab. Rahman Abu Bakar, 1992)

Al Quran telah memberi beberapa garis panduan sebagai asas bagi mewujudkan perhubungan atau interaksi yang berkesan di antara seseorang dengan seseorang insan yang lain. Di antara ayat-ayat Al Quran yang menjelaskan tentang perkara di atas ialah :

"Perkataan yang baik dan perbuatan memaafkan (kesilapan mereka) adalah lebih baik daripada memberi sedekah (pemberian) yang diiringi (dengan perbuatan atau perkataan) menyakitkan hati. Dan (ingatlah) Allah maha kaya dan maha penyantun".(Al-Baqarah: 263)

رَّبِّكَ تَرْجُوهَا فَقُل لَّهُمْ قَوْلًا مَّيْسُورًا وَإِمَّا تُعْرِضَنَّ عَنْهُمُ ابْتِغَاء رَحْمَةٍ مِّن 

"Dan kalaulah engkau terpaksa berpaling daripada mereka untuk tidak melayani mereka kerana menuntut Rahmat Allah kamu yang kamu mengharapkannya, maka katakanlah kepada mereka kata-kata yang baik menyenangkan hati". 

(Al-Isra' : 28)

Mari melihat kepada senario yang kerap berlaku di sekolah.

"Ish.. ish... apa nak jadi dengan kelas ni", keluh Cikgu Daniel setiap kali masuk ke Kelas 3 Mesra. "Murid-murid, sila duduk di tempat masing-masing", arah Cikgu Daniel. Semua murid tidak mengendahkan arahan Cikgu Daniel. Cikgu Daniel terus memulakan pengajaran pada waktu itu tanpa mempedulikan murid-murid yang masih berkeliaran dalam bilik darjahnya. Apabila sesi pengajaran berakhir, Cikgu Daniel terus meninggalkan kelas tanpa mempedulikan murid-murid yang masih leka dengan hal masing-masing.

Daripada senario di atas, adakah Cikgu Danial telah mempraktikkan apa yang diwahyukan Allah daripada surah-surah yang dinyatakan di atas? Segala-galanya akan terjawab dalam blog ini.

Kita sebagai muslim bahkan seorang guru perlu mencuba sehabis baik untuk mengaplikasikan ajaran Al-Quran dalam kehidupan seharian, barulah kita boleh mengharapkan anak murid kita mencontohi akhlak baik kita. Jom teruskan bacaan anda..