CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Munajat Seorang Guru


ASSALAMUALAIKUM..

Blog Nota Cinta Bilik Darjah merupakan blog Pengurusan Bilik Darjah yang merupakan himpunan mutiara ilmu mengenai lensa bilik darjah serta aspirasi guru untuk tatapan umum. Ia dibina bagi membuka mata masyrakat tentang dunia pendidikan dalam menghadapi pelbagai kerenah dan keletah muris-murid. Segala-galanya memerlukan hikmah dan kebijaksanaan. Diharapkan apa yang dinukilkan dalam blog ini dapat dikongsi bersama dan menjadi inspirasi untuk para guru untuk terus berjuang dalam arena pendidikan Negara.

MUNAJAT SEORANG GURU

YA ALLAH, sesungguhnya kami ini hamba-Mu, yang berada di bawah perintah dan kekuasaan-Mu. Jadikanlah kami hamba yang Engkau redhai, Ya Allah.

Ya Allah, kami datang ke ipg dengan sebuah niat yang suci, iaitu untuk mendidik anak-anak bangsa kami supaya menjadi hamba-hambamu yang bertaqwa & mengeluarkan bakal-bakal anak didik kami kelak dari belenggu kejahilan dan membawa mereka kepada sinar kealiman.

Ya Allah, jadikanlah kami seorang guru yang penuh hikmah dan kesabaran dalam melayani dan menangani kerenah bakal murid-murid kami. Bantulah kami supaya tindakan kami tidak terlalu keras sehingga membantut potensi mereka. Jangan pula kami menjadi terlalu lembut sehingga tidak upaya membentuk peribadi mulia mereka. Berikanlah kami hikmah dan petunjuk terbaik untuk bertindak dalam setiap situasi yang kami hadapi kelak.

Ya Tuhan kami, jadikanlah kemarahan kami terhadap mereka, kemarahan yang menginsafkan dan jadikanlah pujukan kami kepada mereka, pujukan yang menyentuh perasaan sehingga mereka terdorong untuk mendekatkan diri kepada-Mu, melakukan ketaatan terhadap-Mu dan meninggalkan kemungkaran yang Engkau larang.

Jangan jadikan anak-anak didik kami kelak manusia yang bergelumang dengan maksiat dan kemungkaran. Sesungguhnya mereka generasi masa hadapan kami, ya Allah. Merekalah yang bakal mewarisi tanah air ini daripada kami. Semoga suatu hari nanti, bumi ini akan lebih dihiasi dengan ketaqwaan kepada-Mu. Moga di masa hadapan, kami akan terus berada dalam limpahan rahmat dan keredhaanMu.

Kabulkanlah permintaan kami, Ya Rahman, Ya Sami’, Ya Mujib. Bantulah kami dalam mengharungi hari-hari kami sebagai seorang hamba-Mu.. seorang GURU.


0 comments: