Menurut James
Ang Jit Eng PhD (2007), pendidikan adalah suatu proses Pengajaran dan
Pembelajaran (P&P) yang melibatkan komunikasi dan interaksi di antara
individu dengan individu yang lain seperti seorang ibu dengan anaknya atau
seorang anak buah dengan ketuanya atau seumpamanya. Pendidikan juga
merupakan suatu proses komunikasi di antara manusia dengan persekitarannya
seperti sekolah, media massa, tempat tinggal, pekerjaan dan tempat bekerja
serta institusi masyarakat lainnya.
Gambar 1: Interaksi sesama
manusia
|
Gambar 2: Interaksi guru dan
murid
|
Oleh
kerana pendidikan adalah suatu proses penerimaan dan penyebaran maklumat, maka
ilmu dan budaya yang tersebar secara langsung dan tidak langsung akan
mempengaruhi perkembangan fizikal, sosial dan rohani manusia. Proses ini
berlaku sehingga manusia mencapai keserasian dalam kehidupannya yang perlu
berinteraksi dengan individu dan masyarakat serta alam dan dalam keperluan
perhubungan beribadah kepada Allah s.w.t.(Ab. Rahman Abu Bakar, 1992)
Al Quran
telah memberi beberapa garis panduan sebagai asas bagi mewujudkan perhubungan
atau interaksi yang berkesan di antara seseorang dengan seseorang insan yang
lain. Di antara ayat-ayat Al Quran yang menjelaskan tentang perkara di atas
ialah :
"Perkataan
yang baik dan perbuatan memaafkan (kesilapan mereka) adalah lebih baik daripada
memberi sedekah (pemberian) yang diiringi (dengan perbuatan atau perkataan)
menyakitkan hati. Dan (ingatlah) Allah maha kaya dan maha
penyantun".(Al-Baqarah: 263)
رَّبِّكَ تَرْجُوهَا فَقُل لَّهُمْ
قَوْلًا مَّيْسُورًا وَإِمَّا تُعْرِضَنَّ عَنْهُمُ ابْتِغَاء رَحْمَةٍ مِّن
"Dan
kalaulah engkau terpaksa berpaling daripada mereka untuk tidak melayani mereka
kerana menuntut Rahmat Allah kamu yang kamu mengharapkannya, maka katakanlah
kepada mereka kata-kata yang baik menyenangkan hati".
(Al-Isra'
: 28)
Mari
melihat kepada senario yang kerap berlaku di sekolah.
"Ish..
ish... apa nak jadi dengan kelas ni", keluh Cikgu Daniel setiap kali masuk
ke Kelas 3 Mesra. "Murid-murid, sila duduk di tempat masing-masing",
arah Cikgu Daniel. Semua murid tidak mengendahkan arahan Cikgu Daniel. Cikgu
Daniel terus memulakan pengajaran pada waktu itu tanpa mempedulikan murid-murid
yang masih berkeliaran dalam bilik darjahnya. Apabila sesi pengajaran berakhir,
Cikgu Daniel terus meninggalkan kelas tanpa mempedulikan murid-murid yang masih
leka dengan hal masing-masing.
Daripada
senario di atas, adakah Cikgu Danial telah mempraktikkan apa yang diwahyukan
Allah daripada surah-surah yang dinyatakan di atas? Segala-galanya akan
terjawab dalam blog ini.
Kita
sebagai muslim bahkan seorang guru perlu mencuba sehabis baik untuk
mengaplikasikan ajaran Al-Quran dalam kehidupan seharian, barulah kita boleh
mengharapkan anak murid kita mencontohi akhlak baik kita. Jom teruskan bacaan
anda..