CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, 21 July 2016

Coretatn guru di SJKT

Assalamualaikum..

maaf kerana sudah sekian lama blog ni terkubur begitu sahaja. kekangan masa sehingga tidak sempat menulis...

pejam celik pejam celik, sudah 4 bulan aku bergelar guru disalah sebuah SJKT. sungguh bukan mudah untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran yang berbeza agama, budaya, cara hidup, bahasa dan pelbagai lagi. sungguh, berada di sekolah Tamil, masalah utama adalah masalah komunikasi. tidak dapat tidak komunikasi amat penting, nak mengajar pun komunikasi dengan murid pun perlu. di sinilah, kita sebagai guru diuji sejauh mana seseorang guru mengamalkan apa yang dipelajari di maktab selama 5 tahun setengah. 

berada di sekolah Tamil walaupun sekolah kecil, sebenarnya sangat mencabar. mencabar sebab apa, sebab kita akan diuji dengan anak murid kita. lantaran, aku sebagai guru Pendidikan Islam, maka murid aku semestinya India Muslim. bukan mudah mengajar sekali gus mendidik murid India Muslim ni dengan latar belakang yang langsung tidak menitik beratkan agama Islam, malahan masih mengamalkan gaya hidup kaum India. maka, salah siapa jika kita sebagai guru gagal membentuk anak murid? belum masalah komunikasi, mereka tidak memahami bahasa Melayu. maka tidak dapat tidak, guru perlu ambil inisiatif belajar bahasa Tamil. pernah banyak kali ketika mengajar, aku diminta oleh murid untuk translate ke bahasa Tamil. aku yg tidak pandai langsung, malah tidak memahami langsung bahasa tamil. maka, aku hanya mampu tergelak.. 

bukan setakat bahasa, nak mengajar India Muslim ni ,memang perlukan kesabaran yang sangat tinggi, sebab belum sampai 5 minit ajar, sudah lupa. ingatan yang sangat slow, boleh aku katakan. selama 4 bulan aku kat sekolah tamil, mengajar benda yg sama, iaitu mengenal huruf jawi, alquran. tidak mampu berganjak ke pelajaran seterusnya, jika selama 4 bukan mengajar, huruf tak mampu diingati. sudah pelbagai cara digunakan. sampai mengajar menggunakan aplikasi iqra dalam komputer sudah. kadang mati kutu dibuatnya. segala macam cara pengajaran digunakan. semoga aku diberikan kesabaran yang tinggi untuk terus mendidik.. ameen..

hasrat di hati ingin berwariskan generasi al-Quran, ternyata hasrat ini hanya boleh bermula dengan diri sendiri. insyaAllah..